Majlis Menandatangani Plag Kemenangan AKC 2009 MPK Belais : Pemenang Pingat Gangsa

Telah Dirasmikan Oleh Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri pada 28 Februari 2010

Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Kali Ke 26

Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam kali ke 26 telah diadakan pada 23 Februari 2010 di Taman Sir Muda Omar Ali Saifuddin. Beberapa orang ahli Majlis Perundingan Kampung Belais dan Buda-Buda telah berkesempatan untuk ikut serta di dalam perbarisan sempena sambutan tersebut dengan mengikut perbarisan bagi Jabatan Daerah Temburong.

Pemenang Pingat Gangsa Anugerah Kampung Cemerlang 2009

Tahniah kepada Majlis Perundingan Kampung Belais dan Buda-Buda kerana telah berjaya memenangi Pingat Gangsa Anugerah Kampung Cemerlang (AKC) Peringkat Kebangsaan 2009 yang telah dikurniakan sendiri oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 13 Februari 2009 di Dewan Plenary, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas. Majlis Perundingan Kampung Belais dan Buda-Buda menerima wang tunai BND10,000, bantuan grant BND30,000 bagi Projek Pembangunan dan Kesejahteraan, plak, piala dan sijil penyertaan.

Semasa Majlis Penyampaian anugerah tersebut, Awang Haji Ahmad bin Md. Hussain, Ketua Kampung Belais dan Buda-Buda telah menerima anugerah tersebut beserta empat orang Ahli Majlis Perundingan Kampung dan juga Ahli Jawatankuasa Projek AKC iaitu Yusuf bin Haji Mohammad (Setiausaha MPK), Hajah Dayang Norti binti Haji Abas (Bendahari MPK), Haji Junaidi bin Haji Abas (AJK Projek AKC) dan Siti Hawa binti Haji Kamis (AJK Projek AKC).

Dengan kemenangan ini diharapkan ianya akan menjadi satu penggalak bagi Majlis Perundingan ini untuk terus lebih maju kehadapan dengan projek-projek dan aktiviti-aktiviti yang dapat membantu meningkatkan pembangunan kampung, kesejahteraan dan perekonomian penduduk-penduduk kampung.


Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam juga berkenaan berangkat ke Teratak Temburong di kawasan Pameran AKC di mana MPK Belais dan Buda-Buda juga turut serta di dalam pameran tersebut.

Pada hari tersebut juga, AJK MPK Belais dan Buda-Buda telah membawa anugerah yang dimenangi pulang ke kampung yang telah disambut dengan meriahnya oleh penduduk kampung dan juga Pegawai Daerah Temburong sendiri.


Doa kesyukuran sempena kemenangan tersebut telah dibacakan oleh Ketua Kampung Belais dan Buda-Buda

Majlis Ramah Mesra Hari Raya Aidilfitri di Kampung Belais dan Buda-Buda

DSC_0382

Temburong, 22 Syawal 1430 bersamaan 11 Oktober 2009 - Majlis Perundingan Kampung Belais dan Buda-Buda telah mengadakan Majlis Ramah Mesra Hari Raya Aidilfitri bertempat di Taman Riadah dan Memancing Kampung Belais dan Buda-buda Temburong. Tetamu kehormat di majlis tersebut ialah Yang Mulia Pg Mohd Amirrizal bin Pg Haji Mahmud, Penolong Pegawai Daerah Temburong, Yang Berhormat Haji Sulaim bin Haji Ahad, Ketua Kampung Belingos, Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampung Daerah Temburong. Majlis ini juga di selajurkan dengan penyampaian cenderahati dan derma kepada 34 orang warga emas dan 2 orang anak yatim. Masjli ini adalah kali ke empat diadakan dan telah menjadi aktiviti tahunan Majlis Perundingan Kampung.